kelab bersama

tuliskan nama anda dan nanti aku update!

Monday, January 31, 2011

olahan pertama : kisah kita

Selesai saja aku membaca surah yasin, aku duduk termenung sambil bersandar di tepi katil. Telekung masih lagi aku pakai sementara menunggu azan Isyak. Aku memejam mata untuk menenang kan hati. Sedang aku termenung, kisah yang berlaku pada 5 tahun lepas tersingkap kembali.


                                                   *  *  *  *
'' Ayu, jom pergi cafe. Aku lapar lah,'' ajak aku yang mengharapkan nya menemani aku.
'' Kau pergi aje lah. Aku banyak kerja ni,'' kata Ayu malas.
'' Kerja ape kau buat. SMS aje aku tengok,'' bebel aku seakan tidak puas hati.
'' Suka hati aku lah nak SMS ke ape. Yang kau sibuk sangat nak ajak aku pergi cafe lah apa lah ni apahal? Kau bukan cacat nak aku tolong pimpin kan pun. Pergi lah sendiri!,'' jerkah Ayu sambil membulat kan mata nya. Aku menahan marah. '' tak boleh blah mulut minah ni'' rungut hati kecil aku.

Aku pun terus berjalan menuju ke cafe. Tidak aku hirau orang yang berada disekeliling. Siapa pun akan jadi malu bila di jerkah sebegitu. Bila sampai di cafe, aku lihat ramai yang beratur dan aku juga turut beratur. Muka memang comfirm tak ada mood. 

Selesai membeli, aku terus keluar dari cafe dan berjalan menuju ke kamar hostel. Tiba-tiba nama aku dipanggil. Aku menoleh dan kelihatan Azrul berlari-lari mendapatkan aku. Dalam hati aku berbisik, ''sibuk je mamat ni. Nak tanya pasal Ayu lah tu''.

''Faz, Ayu mana? Aku call dia tak pick up pun,'' sambil tercungap-cungap. Dalam hati ni membebel '' aku dah agak dah''. 
'' Entah. Dah mati kot,'' jawab aku geram.
'' Kau agak-agak lah Faz. Tak baik tau cakap macam tu. Tak kesian kat aku ke lari-lari kat kau ni,'' cuba menagih simpati.
'' Buat ape aku nak kesian kan kat kau. Aku tak tau la nape dia tak pick up call kau. Aku bukan penjaga dia. Kau try lah call lagi. Dah lah, aku nak balik bilik. Aku lapar,'' ucap aku sambil bergerak meninggalkan Azrul.
'' Nanti kau kirim salam sayang aku kat dia tau. Lepas tu, suruh dia jawab call aku,'' jerit Azrul. Aku terus berjalan tanpa menoleh lagi. Yang penting perut aku harus diisi.

Di kamar, Ayu sedang bersiap-siap ingin keluar. Aku tidak menghiraukan lalu meletakkan nasi yang aku beli tadi di atas meja dan terus keluar ke bilik air untuk mencuci tangan. Apabila aku sampai di bilik semula, aku lihat bungkusan nasi itu telah di buka dan Ayu hanya tersenyum memandang aku. Aku mendiam kan diri dan terus makan sahaja makanan yang masih tinggal di dalam bungkusan itu. Dalam hati aku bersabar saja. Terus aku lupa apa yang dipesan oleh Azrul tadi.

                                                   *  *  *  *

Minggu itu berlalu seperti biasa. Aku sekarang lebih suka berada di library dari balik ke kamar hostel. Malas aku nak menyakitkan hati sendiri. Lupa pula aku nak mengenalkan diri. Nama aku, Fazura Aishah binti Fadzil. Aku seorang anak kampung dan sedang belajar di salah satu universiti tempatan di Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Cita-cita aku adalah untuk membantu bapa aku mengembangkan lagi perniagaan nya. Dari kecil lagi aku minat berniaga kerana bapa aku telah mendedahkan aku dengan aktiviti berniaga ni. Jadi tidak salah lah pilihan jurusan yang aku pilih ini. Aku ada seorang kawan baik yang tak berapa baik dengan aku sekarang iaitu Siti Norayu tapi dikenali sebagai Ayu. Kami di dalam bidang yang sama cuma dia lebih bertuah kerana dia boleh dikategori sebagai anak orang kaya. Dia bijak, cantik, dan bak kata orang dia hot! Jadi tak mustahil dia mempunyai ramai peminat lelaki dan salah seorang nya adalah Azrul. Azrul adalah teman lama sekolah aku. Itu yang membuatkan dia menyuruh aku menyampai kan segala pesanan kepada Ayu. 

''Psstt.. psstt!!,'' Lantas aku mendongakkan kepala aku.
'' Sorang aje?,'' tanya empunya lesung pipit di sebelah kanan pipinya.
'' Tak lah. Mana ada sorang, Tak nampak ramai ni.'' jawab aku memerli. Dah comfirm-comfirm lah aku sorang. Boleh tanya lagi.
'' Mana tau awak dengan kawan baik awak tu ke. Boleh saya duduk?,'' sambil menarik kerusi di hadapan aku. Baik tak payah tanya kalau macam tu, bisik hati aku.
'' Awak buat apa ni? Jom pergi minum. Saya belanja,'' ujar nya sambil tersengih.
'' Tak ada buat pape. Baca novel ni je.Belanja? Nape nak belanja saya pula. Pergi lah belanja Ayu tu. Bukan awak couple dengan dia ke?,''
'' Eh bila masa saya couple dengan dia. Saya kawan aje lah dengan dia sebab dia kenal cousin saya. Itu aje,''
'' Tak kisah lah apa-apa pun. Baik awak jangan duduk kat sini. Kalau spy-spy dia tau dan bagi tau dia, mati saya nanti,''
'' What? Spy? Merepek lah awak ni. Awak tak payah takut lah. Kitorang bukan ada apa-apa pun,''
'' Saya tak cakap saya takut. Tapi saya malas lah nak dengar dia memekak dan nak gaduh dengan saya pasal lelaki. Macam budak-budak,''
'' Jom pergi minum?,''
'' Terima kasih lah Lutfy. Lain kali aje lah. Saya tak nak cari masalah dengan sesiapa pun. Saya minta diri dulu,'' ucap aku terus berlalu meninggalkan Lutfy. Siapa yang tak kenal Lutfy memang kelakar lah. Dia seorang pembahas terbaik di unversiti ini dan merupakan MPP di sini. Raut wajah nya agak kacak dan tinggi orang nya. Tadi masa Lutfy datang ke meja aku pun, ada yang memandan dan berbisik-bisik. Kata aje pelajar unversiti tapi kepochi macam bukan budak U.

                                                   *   *   *  *

Seperti yang aku sangka. Ayu menyerang aku yang sedang tidur hanya kerana ingin bertanyakan hal Lutfy bertemu aku di library. Demi lelaki sanggup dia bertindak begini terhadap aku. Padahal aku adalah kawan baik nya dari hari pertama kami jejakkan kaki di universiti ini. Dahulu, Ayu sungguh baik. Perbezaan status keluarga kami, tidak menghalang Ayu untuk menjadikan aku sebagai kawan baik nya. Tetapi kini, perangai nya sangat berbeza dan Ayu terus terhanyut jauh. Kadang-kadang dia tidak pulang ke hostel. Overnight kata nya. Merokok dan kelab malam adalah hobi nya sekarang. Nasib dia tidak merokok di kamar asrama. Aku hanya boleh berdoa agar Ayu yang dulu boleh dikembalikan pada aku.Aku ingat lagi apa yang dikata kan oleh Ayu.

'' Mulai hari ni, kau bukan lagi kawan baik aku. Kawan baik aku takkan rampas hak aku! Kau sedar lah sikit kau tu siapa Faz! Anak orang kampung yang tak ada apa-apa! Ingat sikit siapa yang selalu tolong kau selama ni kalau bukan aku!! Mak bapak aku yang selalu tolong kau. Muka dah lah tak seberapa. Ada hati nak ambil Lutfy dari aku. Dia tu siapa dan kau siapa. Tolong lah jangan nak perasan yang Lutfy tu nak kan kau. Dia tu aku yang punya ok! Kalau aku nampak lagi kau dengan dia, aku tak teragak-agak bagi tau mak bapak kau yang kau datang sini bukan nak study tapi nak menggatal!!,'' jerit Ayu kepada aku dan terus menghempas kan pintu bilik. Aku tak sangka dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut Ayu. Malam itu juga, aku memohon menukar bilik yang lain dari pihak pengurusan asrama. Aku tak sanggup lagi berdepan dengan segala kata-kata dari Ayu. Aku semakin mendiamkan diri kerana cerita pergaduhan itu tersebar di satu U. Mana aku nak letakkan muka padahal aku tidak bersalah langsung. Nasib pihak pensyarah tidak ambil pusing dengan cerita-cerita itu.
Aku juga menjauhkan diri aku dari Lutfy kerana aku tidak mahu berdepan masalah.

                                                   *  *  *  *

Kini selepas 3 tahun berhempas pulas, aku boleh mengukir kan senyuman kerana aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Ibu bapa aku hadir di hari konvokesyen anak nya ini. Aku berbangga kerana cita-cita aku tercapai. Ucapan syukur aku tidak terhingga kepada yang Maha ESA. Aku mencari kelibat Ayu. Walaupun aku dan dia tidak berapa baik seperti dulu, tetapi aku masih menganggap nya sebagai seorang kawan. Aku terus mencari nya tetapi aku hanya melihat adik dan keluarganya sahaja. Aku terus mendapatkan mereka dan bersalam dengan ibu bapa nya. 


''Ana, Kakak mana?,'' tanya aku sambil mata kau mencari-cari kelibat Ayu.
''Kak Faz tak tahu ke pasal Kak Ayu?,'' tanya nya perlahan.
''Tak. Kenapa dengan dia? Kak Faz dah lama tak jumpa dia,'' jawab aku. Pelik kerana aku memang tidak tahu apa yang terjadi kepada nya. Selepas kejadian itu, aku terus bertukar bilik dan class. Memang jarang kami berjumpa selepas itu.
'' Kak Ayu dah tak ada. Dia dah meninggal dah sebulan yang lepas,'' ujar nya sedih. Aku memandang nya dengan rasa tidak percaya.
'' Betul ke ni Ana? Kenapa tak ada siapa yang bagi tau Kak Faz? Macam mana dia boleh meninggal Ana?,'' bertalu-talu soalan yang aku tanya kan. Aku seakan tidak boleh berfikir.
'' Kak Ayu kemalangan. Ana pun tak percaya Kak Faz. Kami ingatkan Kak Faz tau dan tak nak datang sebab Kak Ayu marah-marah Kak Faz. Kami sekeluarga dah tau pasal tu. Kami minta maaf bagi pihak Kak Ayu. Maafkan dia ye Kak Faz,'' ujar Ana dengan nada sebak dan penuh mengharap. 
'' Kak Faz tak tahu pun Ana. Kak Faz dah lama maaf kan dia. Kak Faz tak percaya yang Ayu dah tak ada,''kata aku sambil menahan sebak.
'' Tak apa lah Kak Faz, kami minta diri dulu. Kami datang nak ambil sijil Kak Ayu dan nak minta maaf dekat Kak Faz aje. Kami minta diri dulu ye,'' sambil berlalu bersama ibu bapa nya.


Aku masih berdiri di situ dengan menahan sebak. Tidak aku sangka yang Ayu akan pergi meninggalkan aku selama-lamanya. Walau apa pun, aku sudah memaafkannya. Aku pergi mendapat kan ibu bapa aku dan menceritakan apa yang terjadi kepada Ayu. Tidak dapat aku menahan air mata yang jatuh dari mata aku. Hari itu aku gembira dan hari itu juga aku bersedih. Kenangan bersama Ayu tidak mungkin aku lupakan.


Sebelum aku meninggalkan pekarangan dewan itu, aku di tahan oleh seseorang . Selepas dia mengenalkan diri kepada ibu bapa aku, dia meminta izin untuk berjumpa seketika dengan aku. Ibu bapa aku meninggalkan aku dengan senyuman bermakna. 


'' Congratulation awak!,'' ucap nya gembira.
'' Yep. U too.,'' balas aku pendek.
'' Saya nak ucapkan takziah dengan apa yang terjadi dekat kawan baik awak,'' 
'' Awak tau pasal tu?,''
'' Tau. Tapi saya pun macam awak. Baru tau hari ni. Saya jumpa parents Ayu tadi.,''
'' Oh ok. Tak apa lah, saya nak minta diri dulu kalau tak ada apa-apa,''
'' Awak kejap. Ni bunga untuk awak. Saya sebenarnya dah lama nak bagi tau. Saya tak kisah kalau awak nak marah atau apa pun lepas ni. Asalkan saya bagi tau apa yang ada dalam hati saya ni. Saya suka kan awak dari first year lagi Fazura Aishah. Bukan perempuan lain tapi hanya awak. Saya benar-benar cintakan awak. Tolong beri peluang untuk saya buktikan kata-kata saya ni,'' ucap nya. Terasa ikhlas dalam kata-kata nya. Aku senyap sambil memandang ke dalam mata insan yang bernama Hafizul Lutfy ini. Lama aku memandangnya untuk mencari kepastian. Lalu aku keluarkan pen dan kertas dari beg tangan aku. Aku menulis sesuatu. Lalu aku memberi kan kepadanya dan dia memandang pelik kepada aku. Aku tersenyum dan terus berlalu. Beberapa langkah aku berjalan, aku menoleh dan dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih dengan kuatnya. Dan aku meneruskan langkah aku. Di dalam kertas itu tertulis nombor telefon aku dan alamat rumah aku. Aku sendiri tersenyum kerana kelembutan hati aku menerimanya.


                                                  *  *  *  * 
   
Aku tersedar apabila pintu bilik aku di ketuk. Rupa-rupanya ibu aku cemas apabila aku tidak keluar dari bilik aku. Aku memandang jam di dinding dan jam menunjukkan jam 10 malam. Terus aku bergegas mengambil wuduk dan menunaikan solat Isyak. Selepas menunaikan solat, aku berdoa agar Ayu di tempat kan dikalangan orang yang beriman dan diampunkan dosanya. Aku juga berdoa agar jodoh aku dan Hafizul Lutfy di panjangkan sehingga akhir hayat kami. Kami akan dijodohkan dalam sebulan sahaja lagi dan semoga kami berbahagia selama-lamanya. Amin...

No comments:

Post a Comment