kelab bersama

tuliskan nama anda dan nanti aku update!

Thursday, February 3, 2011

olahan kedua: kau aku

Cuaca pagi itu sangat baik lalu mengizinkan aku menjalankan aktiviti harian aku iaitu jogging di sekitar tasik berdekatan dengan rumah sewa aku. Aku berlari-lari anak sambil menikmati pemandangan yang cantik dan menghirup udara yang bersih. Terasa nyaman walaupun ada sedikit letih. Aku berlari ke pondok yang disediakan untuk berehat. Di pondok, sambil duduk aku berehat sambil meregangkan kaki aku. Aku memandang ke kawasan tasik yang terbentang luas itu. '' Ramai juga orang hari ni'' gumam hati aku sendiri. Ada yang jogging bersendirian seperti aku, ada juga yang nampak seperti pasangan kekasih dan ada juga pakcik makcik. Sesekali apabila mereka lalu di hadapan aku, aku lemparkan senyuman dan mereka membalasnya.


Aku bangun untuk meneruskan jogging aku sebelum aku balik ke rumah sewa. Tiba-tiba seperti ada sesuatu yang jatuh. Aku menoleh dan terpandang seorang wanita dalam lingkungan lewat 40 an. Aku berlari mendapatkan wanita itu. Rupa-rupanya Pn.Anita, jiran di kawasan rumah sewa aku. Aku memanggilnya berkali-kali dan ternyata dia pengsan. Aku meminta pertolongan daripada beberapa orang yang ada di situ untuk memapahnya ke kereta aku. Nasib kereta aku di parking dekat dengan pintu keluar kawasan tasik itu. Aku terus membawa nya ke klinik yang berdekatan.


                                                     *  *  *  *


'' Doktor, macam mana keadaan Pn.Anita?,'' tanya aku sebaik melihat doktor yang lebih tua dari aku keluar dari bilik pemeriksaan.
'' Pn.Anita itu ibu awak ke?,'' tanya nya perlahan.
'' Eh tak. Dia tu jiran saya. Dia jatuh masa jogging tadi,'' cerita aku dengan lebih lanjut.
'' Oh. Dia tak ada apa-apa. Cuma tekanan darah nya kurang dan memerlukan rehat yang banyak,'' jawab doktor itu lagi. Aku meminta kebenaran untuk masuk melihat keadaan nya dan doktor meminta aku tidak terlalu bercakap dengannya. Sementara itu, pihak klinik memberitahu keadaan Pn.Anita kepada keluarganya.


"  Aunty ok?,'' tanya aku pendek. Dan dia hanya mengangguk lemah seraya senyum kepada aku.
'' Tak apa lah. Aunty rehat ye. Saya minta diri dulu sebab nak pergi kerja. Nanti saya datang petang nanti ya,'' ujar aku lagi. Memang aku dah lambat untuk masuk ke pejabat. Minta-minta aku tak dimarahi oleh bos. Selepas melihat keadaan Pn.Anita, aku terus bergegas pulang ke rumah dan membersihkan diri sebelum keluar ke pejabat. Sesampainya di pejabat, bos mengarahkan aku berjumpa dengan nya. '' Mati lah aku jumpa dengan tikus mondok ni'', bisik hati aku.


                                                     *  *  *  *


'' Kali ni apa pula alasan awak?,'' ujar nya serius tanpa memandang aku. Cara dia cakap macam lah aku selalu lambat.
'' Tadi ada sorang makcik pengsan dan saya tolong hantar dia pergi klinik,'' jawab aku acuh tak acuh. Macam cakap dengan kawan-kawan aje cara aku jawab.
'' Kenapa awak baik hati sangat yang tolong? Takkan tak ada manusia lain yang boleh tolong?,'' kata-kata nya memang sangat menyakitkan hati. Takkan nak tolong orang pun salah, bisik hati aku geram.
'' Saya ni masih ada perasaan perikemanusiaan lagi En. Khaireyl. Saya tak rasa perbuatan menolong tu dosa dan kalau itu yang membuatkan En.Khaireyl marah sangat dengan saya, saya minta maaf. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.,'' jawab aku panjang lebar dan tidak mengambil kira apa reaksi tikus mondok tu. Geram sangat. Aku tahu dia saja nak kena kan aku. ''Dasar tikus mondok,'' ejek aku dalam hati. Di dalam, En.Khaireyl ketawa berdekah-dekah. Suka dia menyakat Sofea Jazmine itu.


                                                  *  *  *  *


Di dalam kereta sedang asyik dia melayan lagu di radio, Khaireyl mendapat panggilan dan tertera nama mama nya. Dia terus menyambut panggilan itu dengan senyuman seolah-olah mama nya ada di depan mata.
'' Hye mama. Mama sihat?,'' tanya nya dengan nada ceria.
'' Arel kat mana?,'' jawab si pemanggil itu serius. Arel adalah nama manjanya.
'' Arel on the way nak balik rumah. Kenapa Pa?,'' kali ni dia pula yang bertanya.
'' Arel tak payah balik rumah malam ni. Arel tidur kat sini. Mama tak sihat,'' arah Papa nya.
'' Ok. give me 10 minutes,'' Khaireyl terus menukar haluannya ke Kota Damansara. Khaireyl adalah anak kesayangan Mamanya. Jika terjadi apa-apa kepada Mama nya, dia perlu ada di sisi Mamanya.


Setiba nya dia di rumah banglo milik En. Kamarul dan Pn. Anita, Arel terus mendapat kan Mama nya. Bimbang terjadi apa-apa terhadap Mama nya. Dia lihat Mama nya bersandar di katil sambil senyum ke arah nya.
'' Ma, are you ok?,'' tanya nya lembut. Risau melihat keadaan Mama nya.
'' I'm ok sayang. Mama pengsan masa mama jogging tadi.,'' jawab Pn.Anita lemah.
'' Mama pergi jogging lagi? Kan Arel dah cakap tak payah pergi jogging. Ma exercise kat rumah dah lah. Tengok Ma pengsan,'' bebel Khaireyl. Dia paling tak suka Mama nya pergi jogging bersendirian. Dulu, kejadian seperti ini pernah berlaku. Itu  yang membuatkan Khaireyl tidak membenarkan Mama nya pergi jogging bersendirian.
'' Kat rumah tak best lah. Ma nak juga jalan-jalan tengok pemandangan, jumpa kawan-kawan baru,'' jawab Pn.Anita lembut.
'' Siapa hantar Ma balik tadi?,''
'' Masa balik, Papa kamu yang ambil. Tapi hantar ke klinik, ada one girl yang tolong hantarkan,''
'' What? Clinic? Kenapa tak call Arel?,''
'' Masa tu Ma baru ok dari pengsan dan terus bagi number phone Papa kamu. Cantik tau dia Arel,''
'' Cantik? Apa yang cantik Ma?,''
'' That girl yang tolong hantarkan pergi klinik lah,''
'' Siapa nama dia Ma?,''
'' Ma tak sempat nak tanya pula. Lepas je hantar Ma, dia kata dia dah lambat. Tak sempat nak cakap apa-apa,'' Tiba-tiba Khaireyl teringat kan Sofea Jazmine. ''takkan perempuan yang dia tolong tu mama aku. mungkin orang lain kot'' bisik hati kecil Khaireyl. Khaireyl meminta diri untuk ke bilik dan memberi laluan kepada Mama nya untuk berehat.


                                                   * * * *


 Di pejabat, keadaan seperti biasa. Cuma Sofea yang agak sibuk menyiapkan segala report untuk di hantar ke En.Khaireyl.
'' Aiya Sofea. Apa busy-busy ni. Orang lain sibuk cakap pasal next week, awak sibuk buat ini report,'' bicara Mary Tan, salah seorang pekerja yang rapat dengan Sofea.
'' Next week? Ada apa next week?,'' tanya Sofea hairan.
'' Aik. Takkan kekasih hati awak tu tak bagi tau? Next week kan pejabat kita buat family day. Kamu lupa ka?,''sekarang giliran Mary Tan pula yang hairan.
'' Ooo.. now I remember.. Sorry lah Mary. So many thing I have to remember and do. That's why I forgot,'' ujar aku sambil tersengih.
'' Saya sudah tau awak mesti lupa punya. Nanti kahwin, jangan lupa nama husband pula,'' jawab Mary Tan sambil tersenyum.
'' Tadi you cakap kekasih hati. Siapa kekasih hati saya?,'' tanya aku lagi.
'' Itu tikus mondok awak lah,'' jawab nya sambil tergelak. Hanya dia saja yang tahu aku memanggil En.Khaireyl itu sebagai tikus mondok. Aku pun lupa kenapa aku boleh memanggilnya tikus mondok.


                                                  *  *  *   * 

Family Day tahun ini dijalankan di Cherating. Bagi sesiapa yang ingin menaiki kenderaan pejabat, haruslah datang awal di situ kerana seat nya adalah terhad. Aku sudah pun memberitahu yang aku ingin menaiki kenderaan pejabat kerana aku malas memandu. Tetapi malang nya aku datang lambat pagi itu dan membuatkan aku tidak tahu untuk menumpang sesiapa. Sedang aku leka duduk di luar pejabat, ada kereta datang mendekati aku.
'' Tunggu siapa?,''
'' Mary,''
'' Tak payah tunggu dia. Dia dah gerak dengan kenderaan office tadi. Jom naik dengan saya,'' aku teragak-agak.
'' Jom lah. Semua dah gerak dah. Takkan awak nak duduk situ je,''. Tanpa berfikir lagi, aku terus menerima ajakan nya. Kami diam sepanjang perjalanan. Mana kan tidak. Di sebelah aku ni adalah tikus mondok.
'' Tak sangka awak ni pendiam rupa nya,'' kata-kata nya memecah kesepian.
'' Saya memang pendiam,'' jawab aku pendek. Malas nak berbual.
'' Saya tak rasa awak pendiam. Awak dah kahwin eh?,'' tanya nya tiba-tiba.
'' Belum lagi,'' lagi pendek jawapan aku.
'' Oh. Ingatkan takut husband awak marah sebab naik dengan saya. Tu yang awak diam aje. Awak duduk kat mana?,''
'' Saya sewa dengan kawan-kawan dekat Kota Damansara,''
'' Kaya nya sewa dekat situ,''
'' Tak lah. Duduk apartment aje,''
'' Ada apartment ke kat situ?,''
'' Ada lah. kalau tak, tak lah saya sewa kat situ,''
'' Awak ni garang juga kan?,''
'' Ye ke?''
'' Iye.. Bila nak kahwin?,''
Kami pun terus berbual walaupun kadang-kadang ada soalan yang kurang akal ditanya oleh En.Khaireyl. Dari situ bermula lah keakraban kami. Aku pun tak sangka yang aku boleh berbaik dengan si tikus mondok ni. Selama kami di Cherating, En.Khaireyl sentiasa menemani aku dan ada juga terdengar mereka mula bergosip mengenai kami. Bagi aku, kami hanya berkawan dan En.Khaireyl yang beriya-iya menemani aku.




                                                    *  *  *  *

Sedang aku membelek-belek sayur di sebuah pasaraya, aku ditepuk dari belakang.
'' Ya Allah.. Lama aunty cari kamu. Tak sangka doa aunty di makbulkan juga,''
'' Pn.Anita. Aunty dah sihat?,''
'' Alhamdulillah sihat. Aunty lupa nak cakap terima kasih dekat kamu sebab tolong aunty hari tu. Tapi mana kamu tau nama aunty?,''
'' Sebab housemate saya, Lina kenal aunty.,''
'' Oh kamu duduk satu rumah dengan Lina. Lupa pula, siapa nama kamu?,''
'' Nama saya Jazmine aunty,''
'' Jazmine. Sedap nama. Jazmine free tak? Mari temankan aunty makan. Sekali lah aunty belanja Jazmine,''
'' Eh tak apa lah aunty. Tak payah susah-susah. Saya tolong aunty ikhlas hari tu,''
Pn.Anita memujuk aku untuk menemani nya dan dia berjaya. Kami berbual sehingga tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Aku berjanji dengan Khaireyl nak berjumpa lepas Asar. Aku meninggalkan nombor telefon aku ke Pn.Anita dan bergegas pulang. Sebelum balik, Pn.Anita menjemput aku datang ke rumah nya minggu hadapan sempena harijadi nya dan ingin memperkenalkan aku dengan anak lelaki nya. Aku sekadar semyum sahaja.


                                                  *  *  *  *


'' Sofea, minggu depan awak free tak?,''
'' Hari apa ye?,''
'' Sabtu,''
'' Kenapa?,''
'' Saya nak jemput awak datang rumah. Birthday mama saya. Boleh lah saya kenalkan awak dengan Mama saya,''
'' Hari Sabtu ye. Sorry la Khaireyl. Saya ada hal. Aunty yang saya tolong hari itu ajak saya pergi rumah dia. Sambil tu dia nak kenalkan saya dengan anak dia,'' aku lihat air muka Khaireyl berubah.
'' Kalau dia nak jodohkan awak dengan anak dia, awak nak lah?,''
'' Depends. Kalau dah jodoh saya dengan dia, apa salah nya,''
'' If awak free, awak datang lah. If tak, tak apa lah,'' tiada lagi senyuman dari wajah Khaireyl dan menumpukan perhatian nya ke jalan raya.


                                                  *  *  *  *


Pada hari yang dijanjikan, aku menuju ke rumah Pn.Anita. Kawasan perumahan nya dengan apartment aku tidak lah jauh mana. Tidak lah sesukar mana mencari rumah Pn.Anita kerana Lina sudah pun memberitahu aku alamat Pn.Anita. Aku memberi salam dan salam aku dijawab oleh seorang wanita yang agak sebaya dengan Pn.Anita.
Dia memperkenalkan diri sebagai kakak kepada Pn.Anita dan menjemput aku duduk. Tetamu masih tidak ramai lagi yang tiba.


'' Jazmine, thanks sebab sudi juga datang,''
'' Tak ada apa lah aunty. Mak saya kata tak baik tak penuhi undangan orang,''
'' Mari aunty kenalkan dengan family aunty,''
Pn.Anita membawa aku berjumpa dengan family nya dan masing-masing tersenyum. Aku pelik memandang reaksi mereka. Ada seorang dua lelaki yang turut diperkenalkan kepada aku. Mungkin itu agak nya anak lelaki nya. Pn.Anita membiarkan aku melayan diri sementara dia sibuk melayan tetamu lain. Aku terasa haus dan menuju ke tempat air yang telah disediakan. Kebetulan air yang aku ingin ambil, disentuh juga oleh seseorang. Dia senyum memandang aku.


'' Macam mana awak boleh ada kat sini?,''
'' Ini rumah family saya,''
'' Pn.Anita tu Mama awak?,''
'' Yep. Awak pula, buat apa kat sini?,''
Belum sempat aku menjawab, Pn.Anita datang dan memperkenalkan aku ke anak bongsunya itu.
'' Arel, ni Jazmine. Girl yang tolong Mama hari itu dan Jazmine, ni pula Arel, anak bongsu aunty,''
Kami berpandangan sesama sendiri. Jadi, inilah anak Pn.Anita dan inilah juga Mama yang Khaireyl ingin memperkenalkan pada aku.
'' Ma.. ini lah yang Arel nak kenalkan kat Ma juga. Ma, kenalkan Sofea Jazmine, buah hati Arel,'' Aku terkejut mendengar kata-kata Khaireyl.
'' Jadi, awak setuju tak dengan nak kahwin dengan anak aunty ni?,'' tanya Khaireyl lagi sambil disaksikan Mama nya.
'' Arel, kira jadi lah tu. Dah senyum-senyum tu. Ok, Minggu depan kita hantar rombongan meminang,'' Jawab Mama nya tanpa menunggu jawapan dari aku. Aku pun senyum menandakan setuju dengan cadangan Pn.Anita.
Tak sangka jodoh aku dengan tikus mondok ni, detik hati kecilku sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment