kelab bersama

tuliskan nama anda dan nanti aku update!

Thursday, February 24, 2011

olahan keempat: cerita kedai mamak

Aku menyelak-nyelak buku di hadapan aku. Buku Agro itu aku tenung. Tidak rasa sedikit pun untuk membaca. Aku terus mencapai helmet dan kunci motor. Kaki aku melangkah ke motor aku yang tertulis Yamaha Ego berwarna hitam metalik itu. Tanpa memanaskan enjin motor, aku terus memecut.


'' Yo! Apa kes ada kat sini?,'' tegur Adam, teman baik aku.
'' Bosan la. Lepak lagi best,'' jawab aku pendek. Mata aku hadap kan ke TV milik kedai mamak itu.
'' Apa citer ni. Meh story kat aku. Kau ada test kan lusa. Lepak sini apa dapat derr,'' bebel Adam. Aku buat-buat tak dengar. Sedikit pun tidak menoleh ke arahnya.
'' Dapat ketenangan lah beb,'' jawapan malas dari aku.
'' HAHAHA.. Kau tak payah tipu aku lah Diya. Tenang apa bising macam ni. Dah lah Diya. Kau pergi balik je. Kau tolong bersyukur sikit boleh tak?,'' soal Adam. Nak kata dia marah, muka relaks je.
'' Bersyukur ape nye Adam? Aku nak tengok TV ni lah. Esok aje lah kau tanya,'' mula geram dengan soalan-soalan Adam ni.
'' Oi mangkuk.. Bersyukur lah yang kau tu boleh masuk universiti. Aku ni ada? Kalau aku jadi kau, tak ada lah aku nak buang masa macam ni. Baik aku study. Tu la, budak-budak sekarang tak pernah nak bersyukur,'' bebel Adam panjang lebar. Tak pasal-pasal aku kena mangkuk. Aku letakkan duit Milo Ais aku di atas meja dan terus keluar. Panggilan Adam tidak aku hiraukan. Aku datang situ nak lepak. Alih-alih mamat tu ada pula.


                                                 *  *  *  *


Seminggu selepas kejadian aku dimarahi oleh Adam itu, aku sengaja tidak mahu melayan dia. Berkali-kali dia cuba call aku. Tapi aku buat pandai aje. Malam itu aku tak buat apa-apa pun. Sekadar menonton cerita-cerita yang ditayangkan oleh pihak stesen TV. Kawan serumah aku juga turut menonton TV. 


'' Diya, ada orang nak jumpa kat luar,'' jerit Mira. TV terletak di bahagian atas rumah. Rumah yang aku sewa ni ada 2 tingkat dan mempunyai 4 bilik. Aku menyewa bilik yang paling kecik sebab aku tak nak berkongsi bilik. Aku lebih suka kan privacy dan senang untuk aku study. 


'' Hurm.. Kau rupanya,'' lemah jawapan aku. Aku ingat kan classmate aku,Ikhwan datang nak hantar barang. 
'' Jom lepak Mamak. Kau takde, tak best lah,'' ajak Adam dengan lemah lembut.
'' Nak buat apa. Nak marah aku lagi?,'' tanya aku. Ada berbaur perli di situ.
'' Ala, kau marah aku lagi ke? Jom lah. Nanti makcik sebelah ni marah aku pula,'' jawap Adam lagi. Pernah dia dimarahi kerana datang ke rumah anak dara malam-malam buta. Makcik tu pula macam dah jadi mak aku pula. Aku suruh Adam tunggu dan menyalin pakaian. Aku tidak naik satu motor dengan dia. Tak rela naik berdua-duaan dengan mamat tu.


                                               *  *  *  *


''Ane, Milo Ais satu, Teh Tarik kurang manis satu. Kaw-kaw tarik,''order Adam sambil menunjukkan gaya menarik teh tarik.
'' Diya, kau marah kat aku lagi ke?,'' soal Adam.
'' Tak lah. Buat apa aku nak mara. Bengang je. Kau tak tahu apa-apa, kau straight membebel kat aku,'' jawab aku. 
'' OK. Aku tahu aku salah. Aku minta maaf ok. Esok kau free? Jom tengok movie nak?,'' ajak Adam. nak pujuk aku lah tu. Tau pun takut.
'' Kau belanja?,'' tanya aku. 
'' Yela, aku belanja. sebagai tanda minta maaf lah ni,''
''Kau booked ticket. Kalau beratur panjang-panjang, aku malas nak pergi,'' sambil menyedut Milo Ais yang ada di depan mata. 
'' Aku dah tau dah. Aku dah beli pun,'' ujar nya sambil tersengih. Patut lah sampai datang rumah. Dah beli ticket rupanya. 


Keadaan kembali normal. Nasib mamat ni pandai buat lawak. Kalau tak, tak kuasa aku nak layan dia. Malam itu, bukan saja melepak dengan dia tapi tak pasal-pasal aku suruh Ikhwan dan Zamil lepak dengan aku sekali. Sebab tadi diorang nak hantar barang dan aku suruh dia datang ke Kedai Mamak berhampiran rumah sewa aku.


                                                 *  *  *  *


Seperti yang dijanjikan kami bertemu di Sunway Pyramid. Tak adalah jauh sangat nak bawa motor dari Shah Alam ke Sunway Pyramid. Adam sudah menunggu di tingkat atas di mana terletak nye pawagam atau movie. Aku cari dia tapi tak ada. Aku terus call mamat tu.


'' Mana kau?,'' tanya aku sebaik mendengar suaranya.
'' Aku kat toilet. Jap,'' jawab nya dan terus mematikan talian.


'' Diya!,'' panggil seseorang dari belakang. Takkan cepat sangat mamat ni. Aku menoleh.
'' Fazrul?,'' seolah-olah tak percaya dengan apa yang aku lihat. Fazrul adalah teman tapi mesra aku di sekolah dahulu. Tak sangka kami berjumpa di sini. Terima kasih kepada Adam kerana mengajak aku.
'' God, I can't believe that I can see u here. Where have u been Diya?,'' soal Fazrul. Aku masih tak percaya yang Fazrul berada di depan aku. Rindu giler dengan mamat paling sewel aku pernah jumpa. Banyak perubahan ke atas diri nya. Lebih kacak dan matang.
'' Me too. Diya tak pergi mana-mana lah. Sambung study je. Faz tu yang loss contact lepas habis sekolah. Tak sangka kita dapat jumpa kat sini,'' Kata aku bersungguh-sungguh. Hampir 6 tahun kami tidak berjumpa tanpa cerita.
'' I miss u so much Diya. I lepas habis SPM, Papa and Mama hantar I pergi study overseas. Tak sempat nak bagi tahu kat Diya sebab Pa and Ma pun tak discuss sangat dengan I. I miss u Diya,'' ucap Fazrul. Nampak sungguh-sungguh. 
'' Faz study kat mana je? What course do you take?,'' soal aku ingin tahu.
'' Tak ada lah dekat mana pun. Study kat U.K. Course Business. Sama macam Diya kan?,'' tanya nya lagi. 
'' Mana Faz tahu?,'' pelik dia macam mana dia boleh tahu.
'' Mama Diya lah bagi tahu. Hari tu jumpa Mama Diya.,'' beritahu nya dan ketika itu, Adam datang.


'' Diya?,'' panggil nya dengan penuh tanda tanya. Pelik sebab ada lelaki bersama aku.
'' Adam, yang ni Fazrul dan Fazrul, ni Adam,'' aku memperkenalkan mereka. Mereka bersalaman.
'' Faz, Diya nak pergi tengok movie dulu. Nanti kita jumpa, talk-talk lagi ye,'' kata aku. Aku pun merindui lelaki itu.
'' Give me your phone number. I will call you,'' pinta Fazrul. Tanpa lengah aku terus memberi kan nombor telefon bimbit aku. 


'' Siapa tu?,'' tanya Adam.
'' Boyfriend lama,'' jawab aku ringkas
'' Nah ticket,'' sambil menyerah kan ticket wayang. 
'' Movie apa ni?,'' baru aku ingat yang aku tak tanya pun cerita apa yang ingin kami tonton.
'' Red,'' 


                                                  *  *  *  *


Sudah dua bulan aku dan Fazrul call, sms dan keluar bersama-sama. Dan semenjak itu juga aku kurang lepak di kedai mamak lagi. Selain keluar bersama Fazrul aku juga sibuk untuk menyiapkan diri aku kerana tidak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan. Lagi-lagi ini adalah semester terakhir buat aku. Mesti study lebih sikit. Sedang aku study sambil mendengar lagu, hand phone aku berbunyi riang.


'' Diya, jom keluar?,'' tanya Adam tanpa berlengah.
'' Sorry la Adam. Aku busy nak study ni. Nanti-nanti la eh?,'' jawab aku.
'' Iya lah. Aku tahu aku siapa. Kerja pun salesman je kan. Bukan level kau pun nak lepak dengan aku ni,'' aku terperanjat dengan kata-kata nya.
'' Adam, kau kenapa? Kenapa tiba-tiba pula pasal keje kau dengan nak ajak lepak ni?,'' soal aku tak puas hati. Tak paham dengan perangai Adam malam itu.
'' Aku tahu aku siapa Diya. Belajar tak tinggi mana pun. Tak sampai overseas macam orang tu,'' cerita dia lagi.
'' Weh, aku tak paham lah kau ni kenapa? Aku tak pernah kisah pun kau tu kerja apa, belajar sampai mana semua. Kenapa kau nak ungkit-ungkit cerita ni semua Adam?,'' bertambah pelik dengan ayat-ayat dari Adam itu. 
'' Tak ada apa lah. OK lah. Sorry kacau kau. Bye,'' ucap nya dan terus mematikan talian.


Tak jadi aku nak study. Hilang terus mood aku. Aku tak paham kenapa dengan Adam. Dalam diam, aku terkenang bagaimana permulaan perkenalan kami.


                                                  *  *  *  *


Ketika itu, aku sedang lepak bersama-sama member-member aku di kedai mamak. Kami bercerita memang tak ingat dunia sambil tergelak-gelak. Kebetulan Adam berada di sebelah meja kami. Dia terus menarik kerusi dan duduk di sebelah aku tanpa buat muka tak bersalah. Kami semua memandang nya pelik. Dan bermula la kisah perkenalan kami.


'' Maaf lah mengganggu. Saya Adam Zahairy. Dari korang gelak, saya ada benda nak tunjuk ni. Ha, ni dia, insurans. Awak semua dah ada insurans?,'' soal Adam tanpa muka tak malu. Masing-masing menyambung ketawa.


'' Belum. Rasa nya kami belum nak ada lagi insurans,'' jawab member aku.
'' Ha.. kire korang bernasib baik lah sebab dapat jumpa saya hari ni. Saya boleh tunjukkan and cerita pasal insurans kat awak semua. Susah kalau tak ada insurans ni. Dah lah yang ada naik motor. Kalau apa-apa jadi kan susah. Yang ada kereta ni pun, bukan selamat sangat. Jadi, elok lah awak semua beli insurans ni,'' bebel Adam seorang sambil menghulurkan kertas mengenai insurans.
'' Mahal la insurans ni. Kitorang student lagi. Mana mampu,'' lagi seorang member aku berkata-kata.
'' Tak apa. Jangan risau. Kami ada package untuk student. Tak rugi awak semua ada insurans. Contoh nya awak yang kat sebelah ni. Muka cantik, gigi cantik. Semua lah cantik. Kata kan lah ada apa-apa jadi kat awak. Lepas itu terkena lah apa-apa kat muka. Siap ada parut sikit sebab dari kejadian tu. Awak boleh dapat duit insurans untuk pergi buang parut tu. Tak rugi kan?,'' cerita Adam panjang lebar sambil aku dijadikan contoh. Akhir nya, hanya seorang yang berminat untuk membeli insurans dari Adam. Adam memberikan card business nye kepada kami semua, mana tahu kalau-kalau kami berminat ingin membeli insurans dari nya. Selang beberapa hari, cousin aku yang sudah bekerja bertanya kan mengenai insurans. Dia ingin membeli insurans dan aku terus menghubungi Adam. Dan dari situlah kami berkawan.


                                                 *  *  *  *


Kini, aku telah mula bekerja. Adam semakin menjauhkan diri. Fazrul pula sudah menyambung kembali pelajaran nya di UK. Hari-hari kian sibuk dek kerana kerja yang banyak dan terpaksa keluar outstation. 
Tetapi yang seronok nya, setiap kali balik dar outstation, aku pasti akan mendapat sejambak bunga. Tidak diketahui pula siapa yang menghantar. Masuk kali ni sudah 7 kali dia menghantar. Tidak pula terselit kad atau apa-apa. Bunga itu tidak aku buang sebalik nya aku memberi kepada receptionist untuk diletakkan di dalam bekas yang cantik dan dipamerkan di atas meja mereka. 


'' Diya, tau kan hari ni ada staff baru nak masuk?,'' soal Yati, rakan sekerja aku. Disitu, aku paling rapat dengannya.
'' Iye ke? Tak tahu pun. Mana kau tahu?,'' soal aku pula.
'' Tadi En. Kamal bagi tahu. Ni staff baru ada dalam bilik dia,'' bisik Yati sambil tersenyum
'' Tak kisah lah siapa dia pun. Aku bukan selalu ada kat ofis pun,'' jawab aku balik. Malas nak ambil tahu hal pekeja baru atau apa. Aku masih lagi terasa keletihan outstation.


Sedang aku leka memerhati komputer di hadapan aku, nama aku di panggil.


'' Nardiya, this is our new staff,'' En.Kamal memulakan bicara
'' Adam, this is Nardiya. She is in marketing line. Nardiya, Adam is our new manager that handle risk management department,'' terang En.Kamal lagi. Aku kaget. Dalam hati berbisik, kenapa dia bawa jumpa aku. aku baru lagi dekat sini.
'' Hi, Im Adam Zahairy,'' dia memperkenalkan diri nya sambil tersenyum.


                                                 *  *  *  *


'' Aku terima nikah nya, Nardiya Amila binti Naharudin dengan mas kahwin nya sebanyak RM 300.00 tunai,'' ucapnya sekali lafaz.


'' Sah? Alhamdulillah,'' soal Papa aku yang menjadi wali. Kami mengangkat tangan berdoa tanda bersyukur.


'' Pengantin lelaki dah boleh sarung cincin untuk pengantin perempuan,'' kata Aunty Ana, mak long aku.


Pengantin lelaki melangkah ke arah aku sambil tersenyum. Cincin sudah berada di tangan nya.
'' Boleh tak saya sarungkan ni?,'' dia meminta izin dari aku. Aku menggangguk memberi kebenaran.
Cincin di sarung ke jari manis dan dia mencium dahi aku. Sempurna sudah majlis nya pada hari itu. Kini sudah sah lah aku menjadi isteri kepada Adam Zahairy. Rupa-rupanya dia seorang lulusan dari UK juga. Tak mahu kalah dengan Fazrul. Dia juga lah yang menghantar bunga-bunga kepada aku dan dalam diam dia suka kat aku dari hari first dia jual insurans kat aku dan kawan-kawan. Mamat yang jumpa dekat kedai mamak juga menjadi pilihan hati aku.

Sunday, February 13, 2011

pengumuman!!

hye teman-teman.


aku nak minta maaf sebab tak berapa nak update blog ini. al-maklum lah, aku ini masih lagi student dan disebab kan itu.. banyak kerja yang harus aku siap kan dulu. insyaAllah by next week, aku akan update lagi cerpen-cerpen pendek. maaf ye semua...


tunggu tau ciptaan terbaru minggu depan...

Friday, February 4, 2011

olahan ketiga: kisah aku dan geng

Hari ini adalah hari pendaftaran pelajar baru di sekolah teknik di Melaka. Tidak perlu lah aku sebutkan nama sekolah itu. Nanti popular pulak tiba-tiba sebab masuk blog tulisankanan ni. Seperti biasa, aku merupakan seorang pengawas disiplin di sekolah itu telah diberikan tugas untuk membantu ibu bapa mana yang tak tahu kat mana dewan, asrama, kantin atau apa-apa sahaja. Kawan-kawan aku semua pelik macam mana aku boleh dilantik sebagai seorang pengawas disiplin. Tapi nak buat macam mana kan. Cikgu lebih terjatuh hati nak pilih aku dari budak-budak tu. Disekolah ni, aku ada geng tapi tak ada nama lah. Apa-apa yang kami buat, semua nya dilakukan bersama walaupun kami bukan dari jurusan yang sama dan kelas yang sama. Kami terdiri daripada aku sendiri, Sally, Tasha, Fatin, Nadia dan Azyan

                                                 *  *  *  *

'' Yana, ada budak hot lah pagi tadi. Hensem gila. Cair aku tengok dia.,'' ujar Sally atau nama betulnya Salamah.
'' Budak hot? Entah, aku tak nampak sesiapa pun yang hot hari ni,'' balas aku. Sebenar nya aku tak ambil pusing pun pasal budak-budak baru.
'' Kau tu apa tahu. Kau mana ada perasaan. Si Ahmad budak Elektrik tu suka kan kau pun kau buat tak layan aje kan,'' bebel si Sally ni lagi.
'' Tau tak apa lah. Ala, aku malas nak layan cintan cintun ni lah Sally. Kau lain lah. Setiap bulan asyik bertukar je,'' jawab aku pula. Aku paling malas kalau bab ni di bincangkan. Ni belum tambah yang empat ekor tu lagi. Nanti gila-gila dorang membebel kat aku. Aku ucap kan selamat malam ke Sally dan terus menyambung tidur aku.

                                                 *  *  *  *

Esok nya berjalan seperti hari biasa. Cuma kini kami semua telah menjadi senior dan itu menunjukkan kami akan mengambil SPM pada tahun itu. Junior-junior kami lebih sopan sebab setiap kali kami lalu, mereka akan memberi salam.
'' Takut kena induc la tu sampai tersengih je sepanjang jalan,'' bebel Tasha memecahkan keheningan pagi itu. Masing-masing diam sebab baru pukul 7 pagi. Kalau tengahari, dah lama budak-budak lain joint si Tasha ni. Kami terus bergerak ke kelas masing-masing. 
'' Morning class. Pagi ini cikgu nak kenalkan student baru. Nama dia Mohd Sharul. Sharul sila kenalkan diri kamu,'' pinta Miss Fadzilah atau senang dipanggil dengan Miss Ila, guru kelas 5 Awam 2.
'' Hai. Saya Shahrul. Before this, saya sekolah dekat SM Teknik Tuanku Jaafar,'' ucap si budak baru dengan ringkasnya.  Setelah memperkenalkan diri nya, Miss Ila menyuruhnya duduk di kerusi kosong yang kebetulan di sebelah aku. Aku memandang Miss Ila dan dia hanya berkata ''SEMENTARA''. Budak baru tu tersengih-sengih aje memandang aku.

                                                  * * * *

Petang itu seperti biasa, aku ada latihan bola tampar di kawasan asrama perempuan. Cuma kadang-kadang sahaja kami semua akan berlatih dengan pelajar lelaki. Aku dan Fatin adalah wakil sekolah untuk sukan bola tampar. Manakal Nadia dan Sally adalah wakil sekolah untuk hoki dan Azyan dan Tasha adalah wakil sekolah untuk bola jaring. Walaupun kami ni agak nakal, tetapi adalah juga kami menyumbang untuk sekolah ini.
'' Yana, siapa yang duduk sebelah kau dalam kelas tu?,'' tanya Fatin yang sedang memanas kan badan.
'' Budak baru. Menyemak aje,'' ujar aku pendek
'' Kalau kau nak tau, tu lah mamat yang si Sally tu minat. Habis lah kau lepas ni jadi posmen dia,'' balas Fatin sambil tergelak.
'' Dalam mimpi dia lah nak jadi kan aku posmen dia,'' jawab aku dan terus berlari mengelilingi court bola tampar. Kelihatan coach dan pelajar lain sudah berada di situ. Pelajar perempuan yang lain yang sememang nya waktu riadah hanya melihat kami berlatih pada petang itu. Dalam dua minggu sahaja lagi, perlawan bola tampar antara sekolah-sekolah teknik akan diadakan. Sudah tentu kerahan tenaga akan dilakukan oleh coach kami.

                                                   *  *  *  *

'' Yana, muka kau hari ni aku tengok suci je, cantik je,'' ujar Sally pagi tu.
'' Kau ok ke Sally?,'' tanya Fatin pula.
'' Aku ok tapi betol lah. Cuba kau tengok muka Yana ni. Cantik kan dia hari ni?,'' tanya Sally. Aku seakan dapat membaca apa yang si Salamah ni nak. Tetapi aku malas nak layan.
'' Terima kasih lah Sally. Lupakan saja hasrat kau yang murni lagi suci lagi tulus nak buat-buat puji aku ni. Aku tak nak buat apa-apa. Kau buat sendiri,'' balas aku. Sememangnya seperti apa yang dikatakan Fatin mula menampakkan kebenaran. Sally nak aku jadi posmen untuk dia memberi surat cinta busuk dia tu ke Shahrul. Sally monyok bila aku tidak mahu menolongnya. Tetapi dia mempunyai rencana lain. Dia mengikut aku hingga ke kelas dan duduk di kerusi Shahrul. Dan apabila Shahrul tiba, dia buat-buat seperti tidak tahu yang kerusi itu kepunyaan Shahrul.
'' Ni tempat awak ke?,'' tanya nya suci. Aku melihat sahaja apa yang nak dibuat oleh Sally ni.
'' Aah. Ni tempat awak ke?,'' balas Shahrul yang juga suci ayat nya.
'' Tak lah. Saya kawan Yana ni aje. Tak tahu pula tempat ni dah ada orang duduk. Saya Sally. Awak?,'' ujar Sally sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
'' Saya Shahrul. Selamat berkenalan,'' balas Shahrul. Selepas berjabat tangan, Sally terus meninggalkan kelas keran dia telah pun meninggalkan surat semasa berjabat tangan. Aku dan rakan-rakan kelas yang lain dapat melihat tayangan cinta percuma antara Sally dan Shahrul.

                                                   *  *  *  *

Perlawanan bola tampar telah diadakan di sekolah kami. Pada peringkat awal, kami menang mudah kepada pihak lawan. Kata nya sekolah itu baru menghantar wakil pada tahun ini. Pelajar-pelajar sekolah sudah berkumpul di kawasan court bola tampar untuk memberi sokongan kepada kami. Untuk memasuki peringkat separuh akhir, kami mula terasa saingan dari pihak lawan.
Aku memulakan servis dan perlawanan terus bermula. Perlawanan memang agak sengit. Beberapa kali aku jatuh untuk menyambut bola itu daripada jatuh. Tanpa sedar darah mula menitis dan coach meminta perlawanan dihentikan seketika.
'' Yana, come here,'' panggil coach.
'' Kenapa coach?,'' takut juga aku dimarahi kalau-kalau tak lakukan dengan baik.
'' Angkat seluar awak sampai lutut. Awak tak sedar ke kaki awak berdarah?,'' tanya Coach itu.Aku hanya menggeleng. Memang ada terasa sakit tapi tak sedar pula kaki aku berdarah. Aku lihat kulit dibahagian lutut kaki sudah terkoyak. Memang menjerit lah aku bila ubat kuning diletakkan. Pedih nya memang rasa nak jadi HULK yang hijau tu. Perlawanan dihentikan sementara.
Selepas lima minit, perlawan diteruskan. Aku berkeras yang aku ingin meneruskan permainan. Ini adalah tahun akhir aku bermain untuk sekolah ini. Saingan memang sengit kerana pemain-pemain dari pihak lawan memang kuat. Mana tak nya, semua nampak tomboy aje.
Akhirnya, pasukan kami berjaya juga menghabiskan pasukan tomboy-tomboy itu.  Terasa bangga dapat meneruskan perlawanan walaupun aku injured.
Kami berjaya ke peringkat akhir. Kali ni game memang dua kali ganda lagi hebat dari tadi. Pihak lawan tahu aku injured dan aku dijadikan lubuk untuk mereka. Ada sesekali bola singgah di lutut aku. Memang terduduk aku menahan kesakitan. Aku berkeras juga meneruskan perlawanan akhir ini. Kali ni strategi yang aku guna kan yang dikarang oleh Fatin berjaya membuatkan aku lepas dari dijadikan lubuk. Dan mata pada masa itu 24-23. Satu mata lagi untuk sekolah kami berjaya menjadi johan perlawanan.
'' Yana, kau servis. Kasi cun-cun punya,'' bisik Fatin. Aku memandang rakan pasukan. Mereka senyum dan mula menjulingkan mata mereka.
'' Itu sudah pasti. Korang ready aje ok?,'' bisik aku kepada mereka. Mereka mula mengambil posisi masing-masing. Posisi seperti huruf W.
Aku memandang coach dan terdengar sorakan dari budak-budak sekolah. Aku cium bola itu dan melantun-lantukan bola itu. Sebaik sahaja wisel dibunyikan, aku terus menghantar servis ke pihak lawan. Selepas itu aku lihat semua nya gelap dan semakin gelap.

                                                  * * * *

'' Weh, Yana dah bangun lah!,'' jerit Tasha. Aku lihat muka masing-masing yang ada di hadapan aku.
'' Korang ni apahal?,'' tanya aku blur.
'' Kau tu pengsan lepas game semalam,'' ujar Azyan. Baru aku teringat pasal perlawanan tu. Kira aku dah pengsan lama dah la ni.
'' Menang ke kalah?,'' tanya aku ingin tahu.
'' Kau punye servis maut tu memang cun lah Yana. Coach pun tak sangka kita nak bagi bola macam tu. Menangis budak tu bila bola kena muka dia,'' gelak Fatin meningat kembali peristiwa semalam.
'' Jadi kita menang lah? Kena muka dia ke? Pengadil tak kata apa-apa?,'' tanya aku lagi. Tak sangka pula bola yang aku servis itu menjadi.
'' Mesti lah menang Yana. Pengadil nak kata apa. Mula-mula bola tu memang kena lantai court tapi budak tu yang sengal pergi hadap kan muka dekat dengan bola. Memang terlantun balik kena muka dia. Kira masuk lah tu kan. So, kita lah menang,'' jawab Fatin panjang lebar. Isyarat juling kan mata oleh rakan pasukan aku tu memang isyarat nak bagi bola kena kat muka. Kira hebat juga servis aku.
'' Weh, asal pedih sangat kaki aku ni?,'' tanya aku pelik.
'' Kau dah lupa yang masa game tu kaki kau kan injured. Pastu budak hentam lagi kat kaki kau. Masa lepas game, Coach terus bawa kau kat tepi and tengok kaki kau. Memang berdarah gila lepas tu kaki kau memang terok habis. Tu yang kelam kabut bawa kau pergi hospital. Coach cakap, kaki kau kena bedah sikit dan jahit balik. Itu aje lah. So, mulai hari ini kau kena pakai tongkat ajaib ni sampai sembuh.,'' ujar Fatin sambil menunjukkan tongkat kepada aku.
'' Style la kau bila pakai tongkat ni. Dah lah heroin sekolah. Hebat mu ni Yana,'' seloroh Nadia.

                                               *  *  *  *

Kini, berbulan telah berlalu. Peperiksaan SPM akan bermula keesokan hari. Kami pun mula menyibukkan diri pergi memohon maaf ke cikgu-cikgu dan pelajar yang lain. Keadaan kaki aku mula beransur pulih tetapi aku masih perlu menggunakan tongkat. Memang agak style juga lah pakai tongkat ni.
Keesokan hari nya, kami semua memang terbangun lambat. Dah lah first paper. Kelam kabut mandi dan bersiap. Kawasan asrama dan dewan peperiksaan boleh tahan jauh dan kami harus menuruni tangga Batu Caves versi kedua. Disebabkan aku lambat menuruni tangga kerana keadaan kaki aku, rakan-rakan aku yang lain terus mengangkat aku sampai lah ke dewan. Memang style lagi sekali lah aku rasa. Tak sangka dorang larat nak angkat aku. Nasib lah aku kurus. Dan itu lah yang terjadi sehingga habis peperiksaan kami.
Itulah kenangan yang paling best antara aku dan geng-geng aku.

Thursday, February 3, 2011

olahan kedua: kau aku

Cuaca pagi itu sangat baik lalu mengizinkan aku menjalankan aktiviti harian aku iaitu jogging di sekitar tasik berdekatan dengan rumah sewa aku. Aku berlari-lari anak sambil menikmati pemandangan yang cantik dan menghirup udara yang bersih. Terasa nyaman walaupun ada sedikit letih. Aku berlari ke pondok yang disediakan untuk berehat. Di pondok, sambil duduk aku berehat sambil meregangkan kaki aku. Aku memandang ke kawasan tasik yang terbentang luas itu. '' Ramai juga orang hari ni'' gumam hati aku sendiri. Ada yang jogging bersendirian seperti aku, ada juga yang nampak seperti pasangan kekasih dan ada juga pakcik makcik. Sesekali apabila mereka lalu di hadapan aku, aku lemparkan senyuman dan mereka membalasnya.


Aku bangun untuk meneruskan jogging aku sebelum aku balik ke rumah sewa. Tiba-tiba seperti ada sesuatu yang jatuh. Aku menoleh dan terpandang seorang wanita dalam lingkungan lewat 40 an. Aku berlari mendapatkan wanita itu. Rupa-rupanya Pn.Anita, jiran di kawasan rumah sewa aku. Aku memanggilnya berkali-kali dan ternyata dia pengsan. Aku meminta pertolongan daripada beberapa orang yang ada di situ untuk memapahnya ke kereta aku. Nasib kereta aku di parking dekat dengan pintu keluar kawasan tasik itu. Aku terus membawa nya ke klinik yang berdekatan.


                                                     *  *  *  *


'' Doktor, macam mana keadaan Pn.Anita?,'' tanya aku sebaik melihat doktor yang lebih tua dari aku keluar dari bilik pemeriksaan.
'' Pn.Anita itu ibu awak ke?,'' tanya nya perlahan.
'' Eh tak. Dia tu jiran saya. Dia jatuh masa jogging tadi,'' cerita aku dengan lebih lanjut.
'' Oh. Dia tak ada apa-apa. Cuma tekanan darah nya kurang dan memerlukan rehat yang banyak,'' jawab doktor itu lagi. Aku meminta kebenaran untuk masuk melihat keadaan nya dan doktor meminta aku tidak terlalu bercakap dengannya. Sementara itu, pihak klinik memberitahu keadaan Pn.Anita kepada keluarganya.


"  Aunty ok?,'' tanya aku pendek. Dan dia hanya mengangguk lemah seraya senyum kepada aku.
'' Tak apa lah. Aunty rehat ye. Saya minta diri dulu sebab nak pergi kerja. Nanti saya datang petang nanti ya,'' ujar aku lagi. Memang aku dah lambat untuk masuk ke pejabat. Minta-minta aku tak dimarahi oleh bos. Selepas melihat keadaan Pn.Anita, aku terus bergegas pulang ke rumah dan membersihkan diri sebelum keluar ke pejabat. Sesampainya di pejabat, bos mengarahkan aku berjumpa dengan nya. '' Mati lah aku jumpa dengan tikus mondok ni'', bisik hati aku.


                                                     *  *  *  *


'' Kali ni apa pula alasan awak?,'' ujar nya serius tanpa memandang aku. Cara dia cakap macam lah aku selalu lambat.
'' Tadi ada sorang makcik pengsan dan saya tolong hantar dia pergi klinik,'' jawab aku acuh tak acuh. Macam cakap dengan kawan-kawan aje cara aku jawab.
'' Kenapa awak baik hati sangat yang tolong? Takkan tak ada manusia lain yang boleh tolong?,'' kata-kata nya memang sangat menyakitkan hati. Takkan nak tolong orang pun salah, bisik hati aku geram.
'' Saya ni masih ada perasaan perikemanusiaan lagi En. Khaireyl. Saya tak rasa perbuatan menolong tu dosa dan kalau itu yang membuatkan En.Khaireyl marah sangat dengan saya, saya minta maaf. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.,'' jawab aku panjang lebar dan tidak mengambil kira apa reaksi tikus mondok tu. Geram sangat. Aku tahu dia saja nak kena kan aku. ''Dasar tikus mondok,'' ejek aku dalam hati. Di dalam, En.Khaireyl ketawa berdekah-dekah. Suka dia menyakat Sofea Jazmine itu.


                                                  *  *  *  *


Di dalam kereta sedang asyik dia melayan lagu di radio, Khaireyl mendapat panggilan dan tertera nama mama nya. Dia terus menyambut panggilan itu dengan senyuman seolah-olah mama nya ada di depan mata.
'' Hye mama. Mama sihat?,'' tanya nya dengan nada ceria.
'' Arel kat mana?,'' jawab si pemanggil itu serius. Arel adalah nama manjanya.
'' Arel on the way nak balik rumah. Kenapa Pa?,'' kali ni dia pula yang bertanya.
'' Arel tak payah balik rumah malam ni. Arel tidur kat sini. Mama tak sihat,'' arah Papa nya.
'' Ok. give me 10 minutes,'' Khaireyl terus menukar haluannya ke Kota Damansara. Khaireyl adalah anak kesayangan Mamanya. Jika terjadi apa-apa kepada Mama nya, dia perlu ada di sisi Mamanya.


Setiba nya dia di rumah banglo milik En. Kamarul dan Pn. Anita, Arel terus mendapat kan Mama nya. Bimbang terjadi apa-apa terhadap Mama nya. Dia lihat Mama nya bersandar di katil sambil senyum ke arah nya.
'' Ma, are you ok?,'' tanya nya lembut. Risau melihat keadaan Mama nya.
'' I'm ok sayang. Mama pengsan masa mama jogging tadi.,'' jawab Pn.Anita lemah.
'' Mama pergi jogging lagi? Kan Arel dah cakap tak payah pergi jogging. Ma exercise kat rumah dah lah. Tengok Ma pengsan,'' bebel Khaireyl. Dia paling tak suka Mama nya pergi jogging bersendirian. Dulu, kejadian seperti ini pernah berlaku. Itu  yang membuatkan Khaireyl tidak membenarkan Mama nya pergi jogging bersendirian.
'' Kat rumah tak best lah. Ma nak juga jalan-jalan tengok pemandangan, jumpa kawan-kawan baru,'' jawab Pn.Anita lembut.
'' Siapa hantar Ma balik tadi?,''
'' Masa balik, Papa kamu yang ambil. Tapi hantar ke klinik, ada one girl yang tolong hantarkan,''
'' What? Clinic? Kenapa tak call Arel?,''
'' Masa tu Ma baru ok dari pengsan dan terus bagi number phone Papa kamu. Cantik tau dia Arel,''
'' Cantik? Apa yang cantik Ma?,''
'' That girl yang tolong hantarkan pergi klinik lah,''
'' Siapa nama dia Ma?,''
'' Ma tak sempat nak tanya pula. Lepas je hantar Ma, dia kata dia dah lambat. Tak sempat nak cakap apa-apa,'' Tiba-tiba Khaireyl teringat kan Sofea Jazmine. ''takkan perempuan yang dia tolong tu mama aku. mungkin orang lain kot'' bisik hati kecil Khaireyl. Khaireyl meminta diri untuk ke bilik dan memberi laluan kepada Mama nya untuk berehat.


                                                   * * * *


 Di pejabat, keadaan seperti biasa. Cuma Sofea yang agak sibuk menyiapkan segala report untuk di hantar ke En.Khaireyl.
'' Aiya Sofea. Apa busy-busy ni. Orang lain sibuk cakap pasal next week, awak sibuk buat ini report,'' bicara Mary Tan, salah seorang pekerja yang rapat dengan Sofea.
'' Next week? Ada apa next week?,'' tanya Sofea hairan.
'' Aik. Takkan kekasih hati awak tu tak bagi tau? Next week kan pejabat kita buat family day. Kamu lupa ka?,''sekarang giliran Mary Tan pula yang hairan.
'' Ooo.. now I remember.. Sorry lah Mary. So many thing I have to remember and do. That's why I forgot,'' ujar aku sambil tersengih.
'' Saya sudah tau awak mesti lupa punya. Nanti kahwin, jangan lupa nama husband pula,'' jawab Mary Tan sambil tersenyum.
'' Tadi you cakap kekasih hati. Siapa kekasih hati saya?,'' tanya aku lagi.
'' Itu tikus mondok awak lah,'' jawab nya sambil tergelak. Hanya dia saja yang tahu aku memanggil En.Khaireyl itu sebagai tikus mondok. Aku pun lupa kenapa aku boleh memanggilnya tikus mondok.


                                                  *  *  *   * 

Family Day tahun ini dijalankan di Cherating. Bagi sesiapa yang ingin menaiki kenderaan pejabat, haruslah datang awal di situ kerana seat nya adalah terhad. Aku sudah pun memberitahu yang aku ingin menaiki kenderaan pejabat kerana aku malas memandu. Tetapi malang nya aku datang lambat pagi itu dan membuatkan aku tidak tahu untuk menumpang sesiapa. Sedang aku leka duduk di luar pejabat, ada kereta datang mendekati aku.
'' Tunggu siapa?,''
'' Mary,''
'' Tak payah tunggu dia. Dia dah gerak dengan kenderaan office tadi. Jom naik dengan saya,'' aku teragak-agak.
'' Jom lah. Semua dah gerak dah. Takkan awak nak duduk situ je,''. Tanpa berfikir lagi, aku terus menerima ajakan nya. Kami diam sepanjang perjalanan. Mana kan tidak. Di sebelah aku ni adalah tikus mondok.
'' Tak sangka awak ni pendiam rupa nya,'' kata-kata nya memecah kesepian.
'' Saya memang pendiam,'' jawab aku pendek. Malas nak berbual.
'' Saya tak rasa awak pendiam. Awak dah kahwin eh?,'' tanya nya tiba-tiba.
'' Belum lagi,'' lagi pendek jawapan aku.
'' Oh. Ingatkan takut husband awak marah sebab naik dengan saya. Tu yang awak diam aje. Awak duduk kat mana?,''
'' Saya sewa dengan kawan-kawan dekat Kota Damansara,''
'' Kaya nya sewa dekat situ,''
'' Tak lah. Duduk apartment aje,''
'' Ada apartment ke kat situ?,''
'' Ada lah. kalau tak, tak lah saya sewa kat situ,''
'' Awak ni garang juga kan?,''
'' Ye ke?''
'' Iye.. Bila nak kahwin?,''
Kami pun terus berbual walaupun kadang-kadang ada soalan yang kurang akal ditanya oleh En.Khaireyl. Dari situ bermula lah keakraban kami. Aku pun tak sangka yang aku boleh berbaik dengan si tikus mondok ni. Selama kami di Cherating, En.Khaireyl sentiasa menemani aku dan ada juga terdengar mereka mula bergosip mengenai kami. Bagi aku, kami hanya berkawan dan En.Khaireyl yang beriya-iya menemani aku.




                                                    *  *  *  *

Sedang aku membelek-belek sayur di sebuah pasaraya, aku ditepuk dari belakang.
'' Ya Allah.. Lama aunty cari kamu. Tak sangka doa aunty di makbulkan juga,''
'' Pn.Anita. Aunty dah sihat?,''
'' Alhamdulillah sihat. Aunty lupa nak cakap terima kasih dekat kamu sebab tolong aunty hari tu. Tapi mana kamu tau nama aunty?,''
'' Sebab housemate saya, Lina kenal aunty.,''
'' Oh kamu duduk satu rumah dengan Lina. Lupa pula, siapa nama kamu?,''
'' Nama saya Jazmine aunty,''
'' Jazmine. Sedap nama. Jazmine free tak? Mari temankan aunty makan. Sekali lah aunty belanja Jazmine,''
'' Eh tak apa lah aunty. Tak payah susah-susah. Saya tolong aunty ikhlas hari tu,''
Pn.Anita memujuk aku untuk menemani nya dan dia berjaya. Kami berbual sehingga tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Aku berjanji dengan Khaireyl nak berjumpa lepas Asar. Aku meninggalkan nombor telefon aku ke Pn.Anita dan bergegas pulang. Sebelum balik, Pn.Anita menjemput aku datang ke rumah nya minggu hadapan sempena harijadi nya dan ingin memperkenalkan aku dengan anak lelaki nya. Aku sekadar semyum sahaja.


                                                  *  *  *  *


'' Sofea, minggu depan awak free tak?,''
'' Hari apa ye?,''
'' Sabtu,''
'' Kenapa?,''
'' Saya nak jemput awak datang rumah. Birthday mama saya. Boleh lah saya kenalkan awak dengan Mama saya,''
'' Hari Sabtu ye. Sorry la Khaireyl. Saya ada hal. Aunty yang saya tolong hari itu ajak saya pergi rumah dia. Sambil tu dia nak kenalkan saya dengan anak dia,'' aku lihat air muka Khaireyl berubah.
'' Kalau dia nak jodohkan awak dengan anak dia, awak nak lah?,''
'' Depends. Kalau dah jodoh saya dengan dia, apa salah nya,''
'' If awak free, awak datang lah. If tak, tak apa lah,'' tiada lagi senyuman dari wajah Khaireyl dan menumpukan perhatian nya ke jalan raya.


                                                  *  *  *  *


Pada hari yang dijanjikan, aku menuju ke rumah Pn.Anita. Kawasan perumahan nya dengan apartment aku tidak lah jauh mana. Tidak lah sesukar mana mencari rumah Pn.Anita kerana Lina sudah pun memberitahu aku alamat Pn.Anita. Aku memberi salam dan salam aku dijawab oleh seorang wanita yang agak sebaya dengan Pn.Anita.
Dia memperkenalkan diri sebagai kakak kepada Pn.Anita dan menjemput aku duduk. Tetamu masih tidak ramai lagi yang tiba.


'' Jazmine, thanks sebab sudi juga datang,''
'' Tak ada apa lah aunty. Mak saya kata tak baik tak penuhi undangan orang,''
'' Mari aunty kenalkan dengan family aunty,''
Pn.Anita membawa aku berjumpa dengan family nya dan masing-masing tersenyum. Aku pelik memandang reaksi mereka. Ada seorang dua lelaki yang turut diperkenalkan kepada aku. Mungkin itu agak nya anak lelaki nya. Pn.Anita membiarkan aku melayan diri sementara dia sibuk melayan tetamu lain. Aku terasa haus dan menuju ke tempat air yang telah disediakan. Kebetulan air yang aku ingin ambil, disentuh juga oleh seseorang. Dia senyum memandang aku.


'' Macam mana awak boleh ada kat sini?,''
'' Ini rumah family saya,''
'' Pn.Anita tu Mama awak?,''
'' Yep. Awak pula, buat apa kat sini?,''
Belum sempat aku menjawab, Pn.Anita datang dan memperkenalkan aku ke anak bongsunya itu.
'' Arel, ni Jazmine. Girl yang tolong Mama hari itu dan Jazmine, ni pula Arel, anak bongsu aunty,''
Kami berpandangan sesama sendiri. Jadi, inilah anak Pn.Anita dan inilah juga Mama yang Khaireyl ingin memperkenalkan pada aku.
'' Ma.. ini lah yang Arel nak kenalkan kat Ma juga. Ma, kenalkan Sofea Jazmine, buah hati Arel,'' Aku terkejut mendengar kata-kata Khaireyl.
'' Jadi, awak setuju tak dengan nak kahwin dengan anak aunty ni?,'' tanya Khaireyl lagi sambil disaksikan Mama nya.
'' Arel, kira jadi lah tu. Dah senyum-senyum tu. Ok, Minggu depan kita hantar rombongan meminang,'' Jawab Mama nya tanpa menunggu jawapan dari aku. Aku pun senyum menandakan setuju dengan cadangan Pn.Anita.
Tak sangka jodoh aku dengan tikus mondok ni, detik hati kecilku sambil tersenyum.

Monday, January 31, 2011

olahan pertama : kisah kita

Selesai saja aku membaca surah yasin, aku duduk termenung sambil bersandar di tepi katil. Telekung masih lagi aku pakai sementara menunggu azan Isyak. Aku memejam mata untuk menenang kan hati. Sedang aku termenung, kisah yang berlaku pada 5 tahun lepas tersingkap kembali.


                                                   *  *  *  *
'' Ayu, jom pergi cafe. Aku lapar lah,'' ajak aku yang mengharapkan nya menemani aku.
'' Kau pergi aje lah. Aku banyak kerja ni,'' kata Ayu malas.
'' Kerja ape kau buat. SMS aje aku tengok,'' bebel aku seakan tidak puas hati.
'' Suka hati aku lah nak SMS ke ape. Yang kau sibuk sangat nak ajak aku pergi cafe lah apa lah ni apahal? Kau bukan cacat nak aku tolong pimpin kan pun. Pergi lah sendiri!,'' jerkah Ayu sambil membulat kan mata nya. Aku menahan marah. '' tak boleh blah mulut minah ni'' rungut hati kecil aku.

Aku pun terus berjalan menuju ke cafe. Tidak aku hirau orang yang berada disekeliling. Siapa pun akan jadi malu bila di jerkah sebegitu. Bila sampai di cafe, aku lihat ramai yang beratur dan aku juga turut beratur. Muka memang comfirm tak ada mood. 

Selesai membeli, aku terus keluar dari cafe dan berjalan menuju ke kamar hostel. Tiba-tiba nama aku dipanggil. Aku menoleh dan kelihatan Azrul berlari-lari mendapatkan aku. Dalam hati aku berbisik, ''sibuk je mamat ni. Nak tanya pasal Ayu lah tu''.

''Faz, Ayu mana? Aku call dia tak pick up pun,'' sambil tercungap-cungap. Dalam hati ni membebel '' aku dah agak dah''. 
'' Entah. Dah mati kot,'' jawab aku geram.
'' Kau agak-agak lah Faz. Tak baik tau cakap macam tu. Tak kesian kat aku ke lari-lari kat kau ni,'' cuba menagih simpati.
'' Buat ape aku nak kesian kan kat kau. Aku tak tau la nape dia tak pick up call kau. Aku bukan penjaga dia. Kau try lah call lagi. Dah lah, aku nak balik bilik. Aku lapar,'' ucap aku sambil bergerak meninggalkan Azrul.
'' Nanti kau kirim salam sayang aku kat dia tau. Lepas tu, suruh dia jawab call aku,'' jerit Azrul. Aku terus berjalan tanpa menoleh lagi. Yang penting perut aku harus diisi.

Di kamar, Ayu sedang bersiap-siap ingin keluar. Aku tidak menghiraukan lalu meletakkan nasi yang aku beli tadi di atas meja dan terus keluar ke bilik air untuk mencuci tangan. Apabila aku sampai di bilik semula, aku lihat bungkusan nasi itu telah di buka dan Ayu hanya tersenyum memandang aku. Aku mendiam kan diri dan terus makan sahaja makanan yang masih tinggal di dalam bungkusan itu. Dalam hati aku bersabar saja. Terus aku lupa apa yang dipesan oleh Azrul tadi.

                                                   *  *  *  *

Minggu itu berlalu seperti biasa. Aku sekarang lebih suka berada di library dari balik ke kamar hostel. Malas aku nak menyakitkan hati sendiri. Lupa pula aku nak mengenalkan diri. Nama aku, Fazura Aishah binti Fadzil. Aku seorang anak kampung dan sedang belajar di salah satu universiti tempatan di Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Cita-cita aku adalah untuk membantu bapa aku mengembangkan lagi perniagaan nya. Dari kecil lagi aku minat berniaga kerana bapa aku telah mendedahkan aku dengan aktiviti berniaga ni. Jadi tidak salah lah pilihan jurusan yang aku pilih ini. Aku ada seorang kawan baik yang tak berapa baik dengan aku sekarang iaitu Siti Norayu tapi dikenali sebagai Ayu. Kami di dalam bidang yang sama cuma dia lebih bertuah kerana dia boleh dikategori sebagai anak orang kaya. Dia bijak, cantik, dan bak kata orang dia hot! Jadi tak mustahil dia mempunyai ramai peminat lelaki dan salah seorang nya adalah Azrul. Azrul adalah teman lama sekolah aku. Itu yang membuatkan dia menyuruh aku menyampai kan segala pesanan kepada Ayu. 

''Psstt.. psstt!!,'' Lantas aku mendongakkan kepala aku.
'' Sorang aje?,'' tanya empunya lesung pipit di sebelah kanan pipinya.
'' Tak lah. Mana ada sorang, Tak nampak ramai ni.'' jawab aku memerli. Dah comfirm-comfirm lah aku sorang. Boleh tanya lagi.
'' Mana tau awak dengan kawan baik awak tu ke. Boleh saya duduk?,'' sambil menarik kerusi di hadapan aku. Baik tak payah tanya kalau macam tu, bisik hati aku.
'' Awak buat apa ni? Jom pergi minum. Saya belanja,'' ujar nya sambil tersengih.
'' Tak ada buat pape. Baca novel ni je.Belanja? Nape nak belanja saya pula. Pergi lah belanja Ayu tu. Bukan awak couple dengan dia ke?,''
'' Eh bila masa saya couple dengan dia. Saya kawan aje lah dengan dia sebab dia kenal cousin saya. Itu aje,''
'' Tak kisah lah apa-apa pun. Baik awak jangan duduk kat sini. Kalau spy-spy dia tau dan bagi tau dia, mati saya nanti,''
'' What? Spy? Merepek lah awak ni. Awak tak payah takut lah. Kitorang bukan ada apa-apa pun,''
'' Saya tak cakap saya takut. Tapi saya malas lah nak dengar dia memekak dan nak gaduh dengan saya pasal lelaki. Macam budak-budak,''
'' Jom pergi minum?,''
'' Terima kasih lah Lutfy. Lain kali aje lah. Saya tak nak cari masalah dengan sesiapa pun. Saya minta diri dulu,'' ucap aku terus berlalu meninggalkan Lutfy. Siapa yang tak kenal Lutfy memang kelakar lah. Dia seorang pembahas terbaik di unversiti ini dan merupakan MPP di sini. Raut wajah nya agak kacak dan tinggi orang nya. Tadi masa Lutfy datang ke meja aku pun, ada yang memandan dan berbisik-bisik. Kata aje pelajar unversiti tapi kepochi macam bukan budak U.

                                                   *   *   *  *

Seperti yang aku sangka. Ayu menyerang aku yang sedang tidur hanya kerana ingin bertanyakan hal Lutfy bertemu aku di library. Demi lelaki sanggup dia bertindak begini terhadap aku. Padahal aku adalah kawan baik nya dari hari pertama kami jejakkan kaki di universiti ini. Dahulu, Ayu sungguh baik. Perbezaan status keluarga kami, tidak menghalang Ayu untuk menjadikan aku sebagai kawan baik nya. Tetapi kini, perangai nya sangat berbeza dan Ayu terus terhanyut jauh. Kadang-kadang dia tidak pulang ke hostel. Overnight kata nya. Merokok dan kelab malam adalah hobi nya sekarang. Nasib dia tidak merokok di kamar asrama. Aku hanya boleh berdoa agar Ayu yang dulu boleh dikembalikan pada aku.Aku ingat lagi apa yang dikata kan oleh Ayu.

'' Mulai hari ni, kau bukan lagi kawan baik aku. Kawan baik aku takkan rampas hak aku! Kau sedar lah sikit kau tu siapa Faz! Anak orang kampung yang tak ada apa-apa! Ingat sikit siapa yang selalu tolong kau selama ni kalau bukan aku!! Mak bapak aku yang selalu tolong kau. Muka dah lah tak seberapa. Ada hati nak ambil Lutfy dari aku. Dia tu siapa dan kau siapa. Tolong lah jangan nak perasan yang Lutfy tu nak kan kau. Dia tu aku yang punya ok! Kalau aku nampak lagi kau dengan dia, aku tak teragak-agak bagi tau mak bapak kau yang kau datang sini bukan nak study tapi nak menggatal!!,'' jerit Ayu kepada aku dan terus menghempas kan pintu bilik. Aku tak sangka dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut Ayu. Malam itu juga, aku memohon menukar bilik yang lain dari pihak pengurusan asrama. Aku tak sanggup lagi berdepan dengan segala kata-kata dari Ayu. Aku semakin mendiamkan diri kerana cerita pergaduhan itu tersebar di satu U. Mana aku nak letakkan muka padahal aku tidak bersalah langsung. Nasib pihak pensyarah tidak ambil pusing dengan cerita-cerita itu.
Aku juga menjauhkan diri aku dari Lutfy kerana aku tidak mahu berdepan masalah.

                                                   *  *  *  *

Kini selepas 3 tahun berhempas pulas, aku boleh mengukir kan senyuman kerana aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Ibu bapa aku hadir di hari konvokesyen anak nya ini. Aku berbangga kerana cita-cita aku tercapai. Ucapan syukur aku tidak terhingga kepada yang Maha ESA. Aku mencari kelibat Ayu. Walaupun aku dan dia tidak berapa baik seperti dulu, tetapi aku masih menganggap nya sebagai seorang kawan. Aku terus mencari nya tetapi aku hanya melihat adik dan keluarganya sahaja. Aku terus mendapatkan mereka dan bersalam dengan ibu bapa nya. 


''Ana, Kakak mana?,'' tanya aku sambil mata kau mencari-cari kelibat Ayu.
''Kak Faz tak tahu ke pasal Kak Ayu?,'' tanya nya perlahan.
''Tak. Kenapa dengan dia? Kak Faz dah lama tak jumpa dia,'' jawab aku. Pelik kerana aku memang tidak tahu apa yang terjadi kepada nya. Selepas kejadian itu, aku terus bertukar bilik dan class. Memang jarang kami berjumpa selepas itu.
'' Kak Ayu dah tak ada. Dia dah meninggal dah sebulan yang lepas,'' ujar nya sedih. Aku memandang nya dengan rasa tidak percaya.
'' Betul ke ni Ana? Kenapa tak ada siapa yang bagi tau Kak Faz? Macam mana dia boleh meninggal Ana?,'' bertalu-talu soalan yang aku tanya kan. Aku seakan tidak boleh berfikir.
'' Kak Ayu kemalangan. Ana pun tak percaya Kak Faz. Kami ingatkan Kak Faz tau dan tak nak datang sebab Kak Ayu marah-marah Kak Faz. Kami sekeluarga dah tau pasal tu. Kami minta maaf bagi pihak Kak Ayu. Maafkan dia ye Kak Faz,'' ujar Ana dengan nada sebak dan penuh mengharap. 
'' Kak Faz tak tahu pun Ana. Kak Faz dah lama maaf kan dia. Kak Faz tak percaya yang Ayu dah tak ada,''kata aku sambil menahan sebak.
'' Tak apa lah Kak Faz, kami minta diri dulu. Kami datang nak ambil sijil Kak Ayu dan nak minta maaf dekat Kak Faz aje. Kami minta diri dulu ye,'' sambil berlalu bersama ibu bapa nya.


Aku masih berdiri di situ dengan menahan sebak. Tidak aku sangka yang Ayu akan pergi meninggalkan aku selama-lamanya. Walau apa pun, aku sudah memaafkannya. Aku pergi mendapat kan ibu bapa aku dan menceritakan apa yang terjadi kepada Ayu. Tidak dapat aku menahan air mata yang jatuh dari mata aku. Hari itu aku gembira dan hari itu juga aku bersedih. Kenangan bersama Ayu tidak mungkin aku lupakan.


Sebelum aku meninggalkan pekarangan dewan itu, aku di tahan oleh seseorang . Selepas dia mengenalkan diri kepada ibu bapa aku, dia meminta izin untuk berjumpa seketika dengan aku. Ibu bapa aku meninggalkan aku dengan senyuman bermakna. 


'' Congratulation awak!,'' ucap nya gembira.
'' Yep. U too.,'' balas aku pendek.
'' Saya nak ucapkan takziah dengan apa yang terjadi dekat kawan baik awak,'' 
'' Awak tau pasal tu?,''
'' Tau. Tapi saya pun macam awak. Baru tau hari ni. Saya jumpa parents Ayu tadi.,''
'' Oh ok. Tak apa lah, saya nak minta diri dulu kalau tak ada apa-apa,''
'' Awak kejap. Ni bunga untuk awak. Saya sebenarnya dah lama nak bagi tau. Saya tak kisah kalau awak nak marah atau apa pun lepas ni. Asalkan saya bagi tau apa yang ada dalam hati saya ni. Saya suka kan awak dari first year lagi Fazura Aishah. Bukan perempuan lain tapi hanya awak. Saya benar-benar cintakan awak. Tolong beri peluang untuk saya buktikan kata-kata saya ni,'' ucap nya. Terasa ikhlas dalam kata-kata nya. Aku senyap sambil memandang ke dalam mata insan yang bernama Hafizul Lutfy ini. Lama aku memandangnya untuk mencari kepastian. Lalu aku keluarkan pen dan kertas dari beg tangan aku. Aku menulis sesuatu. Lalu aku memberi kan kepadanya dan dia memandang pelik kepada aku. Aku tersenyum dan terus berlalu. Beberapa langkah aku berjalan, aku menoleh dan dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih dengan kuatnya. Dan aku meneruskan langkah aku. Di dalam kertas itu tertulis nombor telefon aku dan alamat rumah aku. Aku sendiri tersenyum kerana kelembutan hati aku menerimanya.


                                                  *  *  *  * 
   
Aku tersedar apabila pintu bilik aku di ketuk. Rupa-rupanya ibu aku cemas apabila aku tidak keluar dari bilik aku. Aku memandang jam di dinding dan jam menunjukkan jam 10 malam. Terus aku bergegas mengambil wuduk dan menunaikan solat Isyak. Selepas menunaikan solat, aku berdoa agar Ayu di tempat kan dikalangan orang yang beriman dan diampunkan dosanya. Aku juga berdoa agar jodoh aku dan Hafizul Lutfy di panjangkan sehingga akhir hayat kami. Kami akan dijodohkan dalam sebulan sahaja lagi dan semoga kami berbahagia selama-lamanya. Amin...

perasmian blog tulisankanan.

salam teman-teman.

blog tulisankanan berkisarkan sebuah blog yang menulis cerpen-cerpen pendek hasil karya aku sendiri. aku menulis untuk tujuan suka-suka. jadi maaf lah kalau ada yang terkurang di dalam sesuatu tulisan aku itu. jesteru komen-komen serta pandangan-pandangan dari
anda semua sangat lah aku hargai. semua tulisan ini ada juga yang di olah dari apa yang aku lihat dan alami di dunia ini. jadi, segala watak, nama atau apa-apa sahaja, tidak berkaitan sama sekali dengan yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

selamat membaca!