kelab bersama

tuliskan nama anda dan nanti aku update!

Friday, February 4, 2011

olahan ketiga: kisah aku dan geng

Hari ini adalah hari pendaftaran pelajar baru di sekolah teknik di Melaka. Tidak perlu lah aku sebutkan nama sekolah itu. Nanti popular pulak tiba-tiba sebab masuk blog tulisankanan ni. Seperti biasa, aku merupakan seorang pengawas disiplin di sekolah itu telah diberikan tugas untuk membantu ibu bapa mana yang tak tahu kat mana dewan, asrama, kantin atau apa-apa sahaja. Kawan-kawan aku semua pelik macam mana aku boleh dilantik sebagai seorang pengawas disiplin. Tapi nak buat macam mana kan. Cikgu lebih terjatuh hati nak pilih aku dari budak-budak tu. Disekolah ni, aku ada geng tapi tak ada nama lah. Apa-apa yang kami buat, semua nya dilakukan bersama walaupun kami bukan dari jurusan yang sama dan kelas yang sama. Kami terdiri daripada aku sendiri, Sally, Tasha, Fatin, Nadia dan Azyan

                                                 *  *  *  *

'' Yana, ada budak hot lah pagi tadi. Hensem gila. Cair aku tengok dia.,'' ujar Sally atau nama betulnya Salamah.
'' Budak hot? Entah, aku tak nampak sesiapa pun yang hot hari ni,'' balas aku. Sebenar nya aku tak ambil pusing pun pasal budak-budak baru.
'' Kau tu apa tahu. Kau mana ada perasaan. Si Ahmad budak Elektrik tu suka kan kau pun kau buat tak layan aje kan,'' bebel si Sally ni lagi.
'' Tau tak apa lah. Ala, aku malas nak layan cintan cintun ni lah Sally. Kau lain lah. Setiap bulan asyik bertukar je,'' jawab aku pula. Aku paling malas kalau bab ni di bincangkan. Ni belum tambah yang empat ekor tu lagi. Nanti gila-gila dorang membebel kat aku. Aku ucap kan selamat malam ke Sally dan terus menyambung tidur aku.

                                                 *  *  *  *

Esok nya berjalan seperti hari biasa. Cuma kini kami semua telah menjadi senior dan itu menunjukkan kami akan mengambil SPM pada tahun itu. Junior-junior kami lebih sopan sebab setiap kali kami lalu, mereka akan memberi salam.
'' Takut kena induc la tu sampai tersengih je sepanjang jalan,'' bebel Tasha memecahkan keheningan pagi itu. Masing-masing diam sebab baru pukul 7 pagi. Kalau tengahari, dah lama budak-budak lain joint si Tasha ni. Kami terus bergerak ke kelas masing-masing. 
'' Morning class. Pagi ini cikgu nak kenalkan student baru. Nama dia Mohd Sharul. Sharul sila kenalkan diri kamu,'' pinta Miss Fadzilah atau senang dipanggil dengan Miss Ila, guru kelas 5 Awam 2.
'' Hai. Saya Shahrul. Before this, saya sekolah dekat SM Teknik Tuanku Jaafar,'' ucap si budak baru dengan ringkasnya.  Setelah memperkenalkan diri nya, Miss Ila menyuruhnya duduk di kerusi kosong yang kebetulan di sebelah aku. Aku memandang Miss Ila dan dia hanya berkata ''SEMENTARA''. Budak baru tu tersengih-sengih aje memandang aku.

                                                  * * * *

Petang itu seperti biasa, aku ada latihan bola tampar di kawasan asrama perempuan. Cuma kadang-kadang sahaja kami semua akan berlatih dengan pelajar lelaki. Aku dan Fatin adalah wakil sekolah untuk sukan bola tampar. Manakal Nadia dan Sally adalah wakil sekolah untuk hoki dan Azyan dan Tasha adalah wakil sekolah untuk bola jaring. Walaupun kami ni agak nakal, tetapi adalah juga kami menyumbang untuk sekolah ini.
'' Yana, siapa yang duduk sebelah kau dalam kelas tu?,'' tanya Fatin yang sedang memanas kan badan.
'' Budak baru. Menyemak aje,'' ujar aku pendek
'' Kalau kau nak tau, tu lah mamat yang si Sally tu minat. Habis lah kau lepas ni jadi posmen dia,'' balas Fatin sambil tergelak.
'' Dalam mimpi dia lah nak jadi kan aku posmen dia,'' jawab aku dan terus berlari mengelilingi court bola tampar. Kelihatan coach dan pelajar lain sudah berada di situ. Pelajar perempuan yang lain yang sememang nya waktu riadah hanya melihat kami berlatih pada petang itu. Dalam dua minggu sahaja lagi, perlawan bola tampar antara sekolah-sekolah teknik akan diadakan. Sudah tentu kerahan tenaga akan dilakukan oleh coach kami.

                                                   *  *  *  *

'' Yana, muka kau hari ni aku tengok suci je, cantik je,'' ujar Sally pagi tu.
'' Kau ok ke Sally?,'' tanya Fatin pula.
'' Aku ok tapi betol lah. Cuba kau tengok muka Yana ni. Cantik kan dia hari ni?,'' tanya Sally. Aku seakan dapat membaca apa yang si Salamah ni nak. Tetapi aku malas nak layan.
'' Terima kasih lah Sally. Lupakan saja hasrat kau yang murni lagi suci lagi tulus nak buat-buat puji aku ni. Aku tak nak buat apa-apa. Kau buat sendiri,'' balas aku. Sememangnya seperti apa yang dikatakan Fatin mula menampakkan kebenaran. Sally nak aku jadi posmen untuk dia memberi surat cinta busuk dia tu ke Shahrul. Sally monyok bila aku tidak mahu menolongnya. Tetapi dia mempunyai rencana lain. Dia mengikut aku hingga ke kelas dan duduk di kerusi Shahrul. Dan apabila Shahrul tiba, dia buat-buat seperti tidak tahu yang kerusi itu kepunyaan Shahrul.
'' Ni tempat awak ke?,'' tanya nya suci. Aku melihat sahaja apa yang nak dibuat oleh Sally ni.
'' Aah. Ni tempat awak ke?,'' balas Shahrul yang juga suci ayat nya.
'' Tak lah. Saya kawan Yana ni aje. Tak tahu pula tempat ni dah ada orang duduk. Saya Sally. Awak?,'' ujar Sally sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
'' Saya Shahrul. Selamat berkenalan,'' balas Shahrul. Selepas berjabat tangan, Sally terus meninggalkan kelas keran dia telah pun meninggalkan surat semasa berjabat tangan. Aku dan rakan-rakan kelas yang lain dapat melihat tayangan cinta percuma antara Sally dan Shahrul.

                                                   *  *  *  *

Perlawanan bola tampar telah diadakan di sekolah kami. Pada peringkat awal, kami menang mudah kepada pihak lawan. Kata nya sekolah itu baru menghantar wakil pada tahun ini. Pelajar-pelajar sekolah sudah berkumpul di kawasan court bola tampar untuk memberi sokongan kepada kami. Untuk memasuki peringkat separuh akhir, kami mula terasa saingan dari pihak lawan.
Aku memulakan servis dan perlawanan terus bermula. Perlawanan memang agak sengit. Beberapa kali aku jatuh untuk menyambut bola itu daripada jatuh. Tanpa sedar darah mula menitis dan coach meminta perlawanan dihentikan seketika.
'' Yana, come here,'' panggil coach.
'' Kenapa coach?,'' takut juga aku dimarahi kalau-kalau tak lakukan dengan baik.
'' Angkat seluar awak sampai lutut. Awak tak sedar ke kaki awak berdarah?,'' tanya Coach itu.Aku hanya menggeleng. Memang ada terasa sakit tapi tak sedar pula kaki aku berdarah. Aku lihat kulit dibahagian lutut kaki sudah terkoyak. Memang menjerit lah aku bila ubat kuning diletakkan. Pedih nya memang rasa nak jadi HULK yang hijau tu. Perlawanan dihentikan sementara.
Selepas lima minit, perlawan diteruskan. Aku berkeras yang aku ingin meneruskan permainan. Ini adalah tahun akhir aku bermain untuk sekolah ini. Saingan memang sengit kerana pemain-pemain dari pihak lawan memang kuat. Mana tak nya, semua nampak tomboy aje.
Akhirnya, pasukan kami berjaya juga menghabiskan pasukan tomboy-tomboy itu.  Terasa bangga dapat meneruskan perlawanan walaupun aku injured.
Kami berjaya ke peringkat akhir. Kali ni game memang dua kali ganda lagi hebat dari tadi. Pihak lawan tahu aku injured dan aku dijadikan lubuk untuk mereka. Ada sesekali bola singgah di lutut aku. Memang terduduk aku menahan kesakitan. Aku berkeras juga meneruskan perlawanan akhir ini. Kali ni strategi yang aku guna kan yang dikarang oleh Fatin berjaya membuatkan aku lepas dari dijadikan lubuk. Dan mata pada masa itu 24-23. Satu mata lagi untuk sekolah kami berjaya menjadi johan perlawanan.
'' Yana, kau servis. Kasi cun-cun punya,'' bisik Fatin. Aku memandang rakan pasukan. Mereka senyum dan mula menjulingkan mata mereka.
'' Itu sudah pasti. Korang ready aje ok?,'' bisik aku kepada mereka. Mereka mula mengambil posisi masing-masing. Posisi seperti huruf W.
Aku memandang coach dan terdengar sorakan dari budak-budak sekolah. Aku cium bola itu dan melantun-lantukan bola itu. Sebaik sahaja wisel dibunyikan, aku terus menghantar servis ke pihak lawan. Selepas itu aku lihat semua nya gelap dan semakin gelap.

                                                  * * * *

'' Weh, Yana dah bangun lah!,'' jerit Tasha. Aku lihat muka masing-masing yang ada di hadapan aku.
'' Korang ni apahal?,'' tanya aku blur.
'' Kau tu pengsan lepas game semalam,'' ujar Azyan. Baru aku teringat pasal perlawanan tu. Kira aku dah pengsan lama dah la ni.
'' Menang ke kalah?,'' tanya aku ingin tahu.
'' Kau punye servis maut tu memang cun lah Yana. Coach pun tak sangka kita nak bagi bola macam tu. Menangis budak tu bila bola kena muka dia,'' gelak Fatin meningat kembali peristiwa semalam.
'' Jadi kita menang lah? Kena muka dia ke? Pengadil tak kata apa-apa?,'' tanya aku lagi. Tak sangka pula bola yang aku servis itu menjadi.
'' Mesti lah menang Yana. Pengadil nak kata apa. Mula-mula bola tu memang kena lantai court tapi budak tu yang sengal pergi hadap kan muka dekat dengan bola. Memang terlantun balik kena muka dia. Kira masuk lah tu kan. So, kita lah menang,'' jawab Fatin panjang lebar. Isyarat juling kan mata oleh rakan pasukan aku tu memang isyarat nak bagi bola kena kat muka. Kira hebat juga servis aku.
'' Weh, asal pedih sangat kaki aku ni?,'' tanya aku pelik.
'' Kau dah lupa yang masa game tu kaki kau kan injured. Pastu budak hentam lagi kat kaki kau. Masa lepas game, Coach terus bawa kau kat tepi and tengok kaki kau. Memang berdarah gila lepas tu kaki kau memang terok habis. Tu yang kelam kabut bawa kau pergi hospital. Coach cakap, kaki kau kena bedah sikit dan jahit balik. Itu aje lah. So, mulai hari ini kau kena pakai tongkat ajaib ni sampai sembuh.,'' ujar Fatin sambil menunjukkan tongkat kepada aku.
'' Style la kau bila pakai tongkat ni. Dah lah heroin sekolah. Hebat mu ni Yana,'' seloroh Nadia.

                                               *  *  *  *

Kini, berbulan telah berlalu. Peperiksaan SPM akan bermula keesokan hari. Kami pun mula menyibukkan diri pergi memohon maaf ke cikgu-cikgu dan pelajar yang lain. Keadaan kaki aku mula beransur pulih tetapi aku masih perlu menggunakan tongkat. Memang agak style juga lah pakai tongkat ni.
Keesokan hari nya, kami semua memang terbangun lambat. Dah lah first paper. Kelam kabut mandi dan bersiap. Kawasan asrama dan dewan peperiksaan boleh tahan jauh dan kami harus menuruni tangga Batu Caves versi kedua. Disebabkan aku lambat menuruni tangga kerana keadaan kaki aku, rakan-rakan aku yang lain terus mengangkat aku sampai lah ke dewan. Memang style lagi sekali lah aku rasa. Tak sangka dorang larat nak angkat aku. Nasib lah aku kurus. Dan itu lah yang terjadi sehingga habis peperiksaan kami.
Itulah kenangan yang paling best antara aku dan geng-geng aku.

No comments:

Post a Comment